Jenis Rumah Tradisional



             RUMAH TRADISIONAL



Rumah tradisional ialah rumah yang 

dibina secara tradisi dan dibina oleh tukang kayu menggunakan kemahiran tradisi seperti sebuah rumah menggunakan pasak iaitu tanpa paku. Rumah sebegini biasanya terdapat di kampung, tetapi ada juga rumah yang telah dibaik pulih dan menjadi muzium atau pameran untuk orang ramai. Rumah tradisional dibina menggunakan hasil alam seperti kayu meranti, nyatoh dan sebagainya


                                                             RUMAH KEDAH








Di Kedah rumah panjang kedah hampir sama bentuknya dengan rumah panjang perlis kecuali sekadar perbezaan pada susunan ruangnya sahaja. Rumah panjang kedah berbentuk memanjang, bumbungnya panjang lurs mendatar menggunakan tabir layar yang diperbuat dari pelupuh berbentuk tiga segi atau huruf ’v’ terbalik. Bumbung dapurnya rendah sedikit dari bumbung ibu seakan-akan kelihatan seperti bumbung rumah gajah menyusu yang terdapat di Pulau Pinang.  

Rumah panjang kedah terdiri dari beberapa ruang iaitu ruang leper dan ruang rumah tangga terletak dihadapan, manakala ruang tengah, serambi, sama naik, bilik dan ruang dapur terletak dibahagian belakang. Rumah ini mempunyai banyak tiang dan biasanya lebih daripada 20 batang tiang pada rumah ibunya. Bahan-bahan binaan rumah ialah Cengal, Meranti, Damar laut, dan buluh manakala atapnya diperbuat dari Rumbia, Nipah dan genting Senggora. 


                                      RUMAH LIMAS BUNGKUS TERENGGANU



Rumah Limas Bungkus Terengganu terdapat di Daerah Besut dan begitu popular sejak tahun 20-an. Ianya telah dibina sejak 40 atau 50 tahun yang lalu. Bumbungnya terdiri dari sebuah perabung lurus dan bersambung dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran - ukiran.


RUMAH LIMAS BUNGKUS (ISTANA TENGKU LONG)
Istana Tengku Long telah dibina pada tahun 1904 oleh Cik Hat iaitu salah seorang tukang terkenal dari negeri Pahang serta dibantu oleh beberapa orang tukang lain. Tapak asal istana ini terletak kira-kira 30 meter dari Sungai Besut di Kampung Raja (sekarang dikenali dengan nama Kota Putra). Istana ini didiami dan digunakan oleh Tengku Long bin Tengku Ngah sewaktu beliau memerintah Besut. Istana ini kemudiannya didiami pula oleh menantunya iaitu Tengku Sulong.
Struktur binaan istana ini adalah berasaskan jenis ’Limas Bungkus’ atau ’Perabung Lima’. Istana ini mengandungi beberapa bahagian seperti ruang mengadap, surung, bilik santapan, serambi, bilik beradu serta jemuran. Untuk menambahkan keindahannya, istana ini turut dihiasi dengan pelbagai jenis ukiran yang terdiri daripada motif awan larat, flora, geomatrik serta kaligrafi. Sebahagian besar bahan binaan istana ini terdiri daripada kayu cengal yang diperolehi dari hutan di sekitar daerah Besut.
Istana Tengku Long telah dibeli oleh Badan Warisan Malaysia pada tahun 1984 dan kemudiannya diserahkan kepada Muzium Negeri Terengganu untuk kerja membaik pulih dan pengurusan seterusnya. Pada bulan April 1986, istana ini telah dibawa ke Kuala Terengganu dan telah didirikan semula di kawasan Kompleks Muzium Negeri Terengganu.



                                                  RUMAH PANJANG IBAN

                                               model rumah panjang iban...







                                          pelan rumah panjang iban...




                            contoh rumah panjang iban sarawak...







     


                         RUMAH SERAMBI PAHANG


        



                  
Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Pembahagian ruang rumah ini terdiri daripada rumah ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang. Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang.

Bagi ruang dapur ia mengandungi ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh.